Home Semasa Pengorbanan mematuhi SOP adalah jihad besar – Perdana Menteri

Pengorbanan mematuhi SOP adalah jihad besar – Perdana Menteri

by M.Daim

PUTRAJAYA, 20 Julai – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pengorbanan rakyat Malaysia dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 adalah satu perjuangan.

“Ketika ini kita masih tidak diizinkan melakukan aktiviti merentas negeri dan saling menziarahi. Saya merayu agar kita semua bersabarlah dalam mematuhi SOP,

“Pengorbanan saudara dan saudari merupakan jihad yang besar di sisi Allah dalam ikhtiar untuk menyelamatkan nyawa kita semua.” kata Perdana Menteri semasa  Ucapan Khas Sempena Hari Raya Aidiladha, semalam.

Beliau menambah, petugas barisan hadapan turut bertungkus-lumus menjalankan tanggungjawab mereka  ketika negara sedang menghadapi wabak COVID-19.

“Bentuk pengorbanan yang tinggi juga sedang ditunjukkan khususnya para petugas barisan hadapan daripada kalangan kakitangan kesihatan, keselamatan, penjawat awam mahupun sukarelawan dan NGO dalam kita masih lagi berusaha melawan wabak COVID-19 yang melanda negara semenjak lebih setahun yang lalu,

“Saya sangat menghargai pengorbanan ini. Saya doakan agar pengorbanan saudara dan saudari petugas barisan hadapan, malah pengorbanan rakyat secara umumnya akan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT,” ujar beliau.

Related Articles

Leave a Reply