MANILA, 20 Julai – Kapal peronda Pasukan Pengawal Pantai Filipina (PCG) telah menghalau sebuah kapal perang China pada minggu lalu.
Pihak PCG dalam satu kenyataan berkatan, kapal peronda BRP Cabra telah mengesan kehadiran kapal China di kawasan perairan Filipina di Beting Marie Louise.
“BRP Cabra terus mengekori kapal China tersebut sehingga ia keluar dari zon ekonomi esklusif Filipina,” kata kenyataan itu.
Menurut PCG, pihaknya telah mengesan dan menghalau 5 buah kapal China dan 2 kapal Vietnam di kawasan perairan yang sama.
Semenjak tahun 2016, Manila telah menghantar 128 nota bantahan diplomati terhadap China berikutan kehadiran kapal negara kuasa besar itu di perairan FIlipina. 5 daripad notis tersebut dikeluarkan pada tahun ini.