Home Semasa COVID-19: Kes menurun, masih lebihi paras 10 ribu

COVID-19: Kes menurun, masih lebihi paras 10 ribu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 19 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 10,710 kes baharu COVID-19 dikesan pada hari ini.

Berdasarkan perincian kes yang dikongsikan oleh beliau di akaun media sosial rasminya, Selangor satu-satunya negeri yang mencatatkan jumlah kes sebanyak 4 angka.

Sebanyak 4,828 kes direkodkan di Selangor dan merupakan angka tertinggi untuk hari ini. Kuala Lumpur mencatatkan sebanyak 945 kes manakala Negeri Sembilan 771 kes.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 semenjak ianya melanda negara ini adalah sebanyak 916,561 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply