Home Semasa Malaysia catat kes jangkitan harian COVID-19 tertinggi, 11,079 kes

Malaysia catat kes jangkitan harian COVID-19 tertinggi, 11,079 kes

by M.Daim

PUTRAJAYA, 13 Julai – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 11,079 kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan pada hari ini.

Beliau dalam satu hantaran akaun media sosial rasminya berkata, Selangor masih mencatatkan bilangan kes jangkitan yang tinggi.

“5,263 kes dicatatkan di Selangor, Kuala Lumpur 1,521 dan Negeri Sembilan 1,033 kes,” katanya.

Angka terbaharu ini merupakan catatan kes harian tertinggi dan kali pertama melebihi paras 10 ribu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply