Home Semasa COVID-19: Kes jangkitan baharu menghampir kes harian tertinggi

COVID-19: Kes jangkitan baharu menghampir kes harian tertinggi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 8 Julai –  Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan sebanyak 8,868 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara.

Beliau dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan bilangan kes sebanyak 4 angka.

“Selangor catat 4,152 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 1,333. Negeri Sembilan sebanyak 897 kes,” katanya.

Angka kes jangkitan baharu ini telah menjadikan jumlah kes COVID-19 di negara ini sebanyak 808,658 kes.

Kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan adalah sebanyak 9,020 kes pada 29 Mei lalu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply