Home Pertahanan dan Keselamatan 25 lagi PATI diberkas dalam Operasi Benteng semalam

25 lagi PATI diberkas dalam Operasi Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan di seluruh negara, semalam.⠀

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut merampas 6 kenderaan darat dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak 114 buah bot atau kapal telah dikesan di perairan negara melalui 7 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.⠀

Dalam masa yang sama, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain semalam turut menjalankan 992 Sekatan Jalan Raya (SJR).⠀

“Sebanyak 938 SJR telah dilakukan melalui Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA. Manakala Op Benteng PDRM sebanyak 45 SJR dan Op Benteng AKSEM (9),” ujarnya.⠀

Selain itu, Ismail Sabri berkata Task Force Pematuhan oleh PDRM telah menahan 600 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) PKP.⠀

“Daripada jumlah itu, seramai 592 individu telah dikompaun manakala, 8 lagi direman,⠀

“Antara kesalahan direkodkan ialah mereka yang gagal merekod butiran diri atau berdaftar masuk premis sebanyak 136 kes; tiada penjarakan fizikal (125); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, makan, minum di permis (104) dan tidak memakai pelitup muka (96),

“Selain itu, individu lain yang ditahan adalah melibatkan mereka yang tidak patuh arahan kawalan pergerakan (70); membawa penumpang berlebihan (30); premis gaga; patuhi arahan (12) dan lain-lain kesalahan (27),” tambahnya.

Beliau turut menjelaskan, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah melakukan 96,975 pemeriksaan semalam, melibatkan 4,598 pasukan pematuhan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP sepanjang PKP.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply