Home Semasa Imigresen berkas 28 PATI di Langkawi

Imigresen berkas 28 PATI di Langkawi

by Air Times News Network

LANGKAWI, 23 Jun – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menahan 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Langkawi, pada awal pagi Selasa.

JIM menerusi hantaran di media sosialnya berkata, kesemua PATI warganegara India, Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Thailand ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dalam Operasi Cantas.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memberi amaran terhadap segelintir nelayan di Langkawi yang dikesan menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan PATI.

Beliau mendedahkan, perkara itu dikesan hasil daripada risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), JIM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Berhati-hati… Kalau ditangkap, segala apa yang ada tidak mampu untuk membayar hukuman,

“Kita telah mengenal pasti tali barut dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengesan ada antara penduduk setempat yang turut terbabit dengan aktiviti penyeludupan dadah menggunakan bot-bot nelayan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata KDN akan terus komited untuk memastikan semua individu yang tinggal di Malaysia mengikut undang-undang negara dan mempunyai dokumen yang sah. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply