Home Semasa Perbincangan khas Raja-Raja Melayu selesai

Perbincangan khas Raja-Raja Melayu selesai

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Sesi perbincangan diantara Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di Istana Negara selesai sebentar tadi.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilihat menjadi raja pertama meninggalkan Pintu Satu, Istana Negara kira-kira 5.15 petang.

Ia diikuti kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Konvoi kenderaaan membawa Raja-Raja Melayu mula keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 7 malam tadi.

Difahamkan, kesemua Raja-raja Melayu telah hadir kecuali Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Sultan Kelantan Sultan Muhammad V difahamkan tidak menghadiri sesi kali ini.

Terdahulu, perbincangan khas itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang tadi.

Turut diperkenan masuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja Melayu ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah; Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohd Rabin Basir, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Asri Hamidon.

Difahamkan, satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini, bagi menyatakan keputusan Perbincangan Khas itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply