Home Pertahanan dan Keselamatan 4 PATI Vietnam tangkap ikan di perairan negara dicekup

4 PATI Vietnam tangkap ikan di perairan negara dicekup

by Nurulhuda

LUMUT, 10 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Maritim Negeri Perak telah menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama 4 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar kerana melanggar syarat sah lesen pada jarak kira-kira 7.8 batu nautika barat laut Pulau Jarak, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Shahrizan Raman berkata, bot tersebut dikesan sedang melakukan aktiviti perikanan dalam keadaan mencurigakan oleh Kapal Maritim (KM) MALAWALI ketika membuat rondaan bersepadu Operasi Benteng (Op Benteng) dan Operasi Sayong (Op Sayong di kawasan berkenaan.

“Bot tersebut dikesan melalui radar kapal dan menjalankan aktiviti perikanan dalam zon perairan yang tidak dibenarkan, sebelum berjaya ditahan dan digeledah bagi tujuan pemeriksaan lanjut,

“Pemeriksaan mendapati 4 kru warga negara Myanmar termasuk tekong berumur sekitar 25 hingga 30 tahun dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam hantaran di media sosial APMM, hari ini.

Shahrizan berkata, mereka dipercayai menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan dengan tidak mematuhi syarat sah lesen bot Kelas C yang dibenarkan iaitu mesti menjalankan aktiviti perikanan melebihi 15 batu nautika.

Tambahnya, kesemua nelayan asing itu melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) Menangkap ikan kurang dari 15 batu nautika.

“Mereka juga melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 Seksyen 6(1)(c) kerana menggajikan pekerja warga negara asing serta memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah,

“Kesemua kru dan hasil tangkapan dianggarkan 300 kilogram bersama bot tahanan diiringi ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak bagi tindakan lanjut,” jelasnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply