Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 3 bot, 6 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

APMM tahan 3 bot, 6 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

LUMUT, 4 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak telah menahan 3 bot nelayan tempatan bersama 6 kru termasuk 3 tekong kerana disyaki melanggar syarat sah lesen di kedudukan lebih kurang 3.3 batu nautika barat laut Pulau Talang, semalam.

Pengarah Maritim negeri Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, anggota APMM telah menahan bot tersebut semasa rondaan Operasi Benteng (Op Benteng) dan Operasi Pintas (Op Pintas) di persempadanan perairan Perak kira-kira jam 7 pagi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, setiap bot dikendalikan 2 kru warga tempatan berumur dalam lingkungan 30 hingga 65 tahun,

“Bot ditahan ketika sedang melakukan aktiviti perikanan berhampiran Pulau Talang dengan menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan,

“Mereka disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan kurang daripada 5.0 batu nautika seperti kebenaran syarat sah lesen,” katanya dalam hantaran di media sosial milik APMM, hari ini.

Shahrizan berkata, 6 kru termasuk 3 tekong, serta hasil tangkapan dianggarkan lebih kurang 30 kilogram telah ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Kampung Bharu.

“Kemudian kesemua mereka dan barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Perak untuk tindakan lanjut,” tambahnya.

Dalam masa yang sama Shahrizan menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat lengkap kepada pasukan berkuasa demi keselamatan perairan negara.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply