Home Semasa COVID-19: Kes turun kepada 6,999 hari ini

COVID-19: Kes turun kepada 6,999 hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Selepas lima hari berturut-turut Malaysia merekodkan angka harian positif COVID-19 yang membimbangkan, hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan penurunan kes dengan 6,999 kes dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan di twitter berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 565,533 kes.

Selangor masih lagi menjadi negeri yang mencatatkan kes baharu COVID-19 tertinggi pada hari ini dengan 2,477 kes baharu, manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melonjak ke kedudukan kedua tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 616 kes.

Kelantan pula berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 612 kes dan Sarawak pula hanya mencatatkan sebanyak 513 kes sahaja sekali gus berada di kedudukan keempat tertinggi.

“Ini diikuti, Negeri Sembilan (468), Johor (433), Kedah (422), Pulau Pinang (248), Pahang (239), Terengganu (214), Perak (212), Melaka (202), Sabah (190 kes), Labuan (133), Putrajaya (13) dan Perlis (7),” katanya.

Semalam, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi sejak penularan wabak berkenaan di dalam negara dengan merekodkan sebanyak 9,020 kes dan 98 kes kematian. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply