Home Semasa Jangkitan harian COVID-19 meningkat, catat 4,446 kes hari ini

Jangkitan harian COVID-19 meningkat, catat 4,446 kes hari ini

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Kes terkini jangkitan COVID-19 di dalam negara meningkat semula dalam tempoh 24 jam iaitu sebanyak 4,446 kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan ini menajdikan jumlah kumulatif kes harian di Malaysia meningkat sebanyak 474,556 kes.

Beliau turut menjelaskan, Selangor kekal sebagai negeri mencatatkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,650 kes diikuti Sarawak (433), Johor (391) dan Kelantan (343).

“Kes baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula adalah sebanyak 297 kes manakala Negeri Sembilan (243), Kedah (236), Perak (203), Terengganu (201), Pulau Pinang (159), Pahang (139), Melaka (80), Sabah (60),

“Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mencatatkan 11 kes, manakala Wilayah Persekutuan Labuan dan Perak masing-masing mencatatkan 0 kes,” katanya menerusi hantaran di media sosial miliknya pada Isnin.

Menurutnya, sebanyak 2,784 kes sembuh direkodkan hari ini, sekaligus mencacatkan jumlah keseluruhan pesaky sembuh di Malaysia sebanyak 429,102 kes.

Terdapat 45 kes kematian pada hari ini melibatkan 20 kes di Selangor,masing-masing  4 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Manakala, masing-masing 3 kes direkodkan di Kedah, Perak, dan Johor, 2 kes di Negeri Sembilan dan Melaka, serta masing-masing 1 kes di Pahang, Pulau Pinang, Sarawak serta Sabah,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Dr Noor Hisham turut mengesahkan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan 14 kluster baharu hari ini.  –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply