Home Politik Syukur saya masih dikurniakan umur yang panjang – Khalid Ibrahim

Syukur saya masih dikurniakan umur yang panjang – Khalid Ibrahim

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 9 Mei – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi laman Facebooknya telah memuat naik satu hantaran mengucapkan syukur kerana masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadah puasa.

Abdul Khalid memuat naik hantaran itu hari ini setelah keluarga dan pegawainya menerima mesej kononnya beliau sudah meninggal dunia.

“Seawal Subuh keluarga dan pegawai saya banyak menerima mesej bahawa saya telah kembali ke rahmatullah,

“Syukur Alhamdulillah saya masih dikurniakan umur yang panjang dan kesihatan yang baik oleh ALLAH untuk sama-sama meneruskan ibadah puasa,” katanya dalam hantaran itu.

Menerusi hantaran sama, Abdul Khalid dan isteri turut mengucapkan takziah kepada keluarga individu bernama Khalid Ibrahim yang dikatakan meninggal dunia itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply