Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tentera Darat Malaysia, Syarikat Zetro Aerospace memancu perkembangan industri pertahanan negara – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Darat Malaysia, Syarikat Zetro Aerospace memancu perkembangan industri pertahanan negara

Tentera Darat Malaysia, Syarikat Zetro Aerospace memancu perkembangan industri pertahanan negara

by Nurulhuda

NILAI, 6 Mei – Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Syarikat Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd terus menjadi wadah kepada pembangunan teknologi dan sistem dalam meningkatkan keupayaan industri aeroangkasa pertahanan negara.

Syarikat yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Nilai, Negeri Sembilan ini merupakan syarikat yang terlibat di dalam Program Kontraktorisasi bersama TDM.

Semalam, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, berkesempatan untuk mengadakan lawatan kerja ke Zetro House bagi melihat dengan lebih dekat fasiliti syarikat yang terlibat di dalam proses penyelenggaraan aset pertahanan negara.

Ketibaan Zamrose, disambut oleh Pengarah Urusan, Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd, Dato’ Mohd Zamri Muda, disusuli dengan sesi taklimat berkenaan pengurusan dan pengoperasian syarikat.

Untuk rekod, Syarikat Zetro Aerospace and Defence Sdn Bhd, pernah dianugerahkan kontrak bagi penyelenggaraan Sistem Pertahanan Udara JERNAS untuk Rejimen Artileri Diraja (RAD) dan juga penyelenggaraan komponen avionik pesawat Agusta A109 yang dioperasikan oleh Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD). –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?