Home Pertahanan dan Keselamatan ATM terima sumbangan Aidilfitri RM1.271 juta

ATM terima sumbangan Aidilfitri RM1.271 juta

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2T8hOFLENkQ[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima sumbangan berbentuk kewangan  bernilai RM1,271,200.00 daripada pelbagai pihak sempena Hari Raya Aidilftri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 58 agensi telah memberi sumbangan yang terdiri daripada badan korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 penyumbang telah menyumbang di dalam bentuk barangan dan 48 penyumbang lagi telah menyumbang di dalam bentuk kewangan,

“Jumlah keseluruhan kewangan yang diterima adalah sebanyak RM1,271,200.00 dan ada peningkatan daripada tahun terdahulu,

“Sungguhpun dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mahupun PKP Bersyarat (PKPB), tanggungjawab sosial korporat masih tetap dilaksanakan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri daripada para penyumbang kepada ATM di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berakata keperihatinan dan keikhlasan penyumbang melalui sumbangan yang dihulur pada hari ini telah membuktikan bahawa masyarakat amat menghargai curahan perjuangan dan pengorbanan anggota ATM. Foto: Airtimes/Ahmad Danish

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM bersama isteri Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Almarhum Sultan Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abdul Aziz.

Menurutnya pada tahun ini, ATM juga menyediakan 15 ribu beg hari raya yang akan diagihkan kepada anggota yang bertugas menjaga keamanan dan kedaulatan negara pada hari raya Aidilfitri nanti.

“Jumlah ini adalah bagi anggota yang bertugas di perbatasan negara, samada di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan juga di luar negara di bawah misi panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),

“Kita akan pastikan, sumbangan hari raya yang disediakan ini akan dapat dihantar ke destinasi sama ada di dalam mahupun luar negara sebelum menjelangnya hari raya,” ujarnya.

Upacara tradisi membuka bungkusan Hari Raya Aidilfitri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima-Panglima Perkhidmatan. Foto: Airtimes/Ahmad Danish

Pada majlis itu, ATM turut menerima sumbangan wang zakat daripada Affin Islamic Bank Berhad sebanyak RM300 ribu dan Koperasi Tentera Berhad (RM200 ribu).

Sementara itu, Ismail Sabri berkata keperihatinan dan keikhlasan penyumbang melalui sumbangan yang dihulur pada hari ini telah membuktikan bahawa masyarakat amat menghargai curahan perjuangan dan pengorbanan anggota ATM dalam menjaga tanah air.

“Kerajaan dan rakyat juga sedar bahawa ATM telah banyak menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran negara lebih-lebih lagi dengan usaha mengekang penularan wabak COVID-19 yang telah memasuki tahun kedua,

“Mereka sedar jasa ATM tidak ternilai harganya,” jelasnya. – airtimes.my

Gambar galeri:

Related Articles

Leave a Reply