Home Semasa Suspek belasah ‘bodyguard’ terlibat judi haram, kegiatan ah long

Suspek belasah ‘bodyguard’ terlibat judi haram, kegiatan ah long

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 15 Apr – Suspek utama individu yang didakwa memukul dan mengugut pengawal peribadi dan rakannya kerana berpuasa dipercayai menjalani aktiviti perjudian haram dan kegiatan ah long.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ketika serbuan dilakukan di Bukit Tinggi, polis turut menjumpai 100 kilogram jongkong emas dan sejumlah 12,500 keping mata wang dolar Amerika Syarikat.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM28.45 juta.

“Kita turut merampas sepucuk pistol jenis glock bersama 10 butir peluru yang dibawah kawalan salah seorang mangsa dan merupakan kepunyaan milik sebuah syarikat kawalan keselamatan. Dua rotan digunakan semasa kejadian turut dirampas polis.

“Siasatan awal mendapati majikan mangsa yang berusia 44 tahun itu terlibat dalam kegiatan ah long dan judi haram,” katanya pada sidang akhbar berkaitan perkembangan kes tersebut di IPD Klang Selatan, hari ini.

Arjunaidi berkata, 4 lelaki yang disyaki terbabit dalam kes itu telah direman 5 hingga 7 hari bermula hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan tiada sebarang unsur perkauman atau agama sebaliknya lebih kepada peribadi dan terpencil serta tidak rancang pihak tertentu.

Terdahulu, 2 pengawal peribadi dibelasah dan diacukan pistol disebabkan enggan menuruti arahan majikan supaya tidak berpuasa.

Mangsa berusia 43 tahun bersama seorang lagi rakan sekerja dibelasah menggunakan rotan oleh majikannya di rumah di Batu Nilam, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli dilaporkan berkata, ekoran itu, polis menahan 4 individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian 2 lelaki dipukul di belakang badan dengan rotan oleh majikannya seperti tular di media sosial.

Beliau berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada pukul 4.16 petang.

Menurutnya, kes disiasat mengikut seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply