Home Semasa Dipukul, diacu pistol oleh majikan kerana berpuasa

Dipukul, diacu pistol oleh majikan kerana berpuasa

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 15 April – 2 orang lelaki didakwa dipukul dan diugut bunuh oleh majikan mereka kerana didapati sedang berpuasa.

Laporan polis yang dibuat oleh salah seorang mangsa turut tular di media sosial, semalam.

Menurut laporan tersebut, kejadian berlaku di dua lokasi berasingan iaitu di Kuala Lumpur dan Klang.

Dalam kejadian di Kuala Lumpur City Centre, majikan terbabit menampar dan memukul mangsa selepas menyatakan mereka sedang berpuasa.

Mangsa turut menyatakan beliau turut ditumbuk ketika mengiringi majikannya ke kereta dan mengeluarkan kata-kata kesat menghina agama.

Tidak cukup dengan apa yang berlaku, kedua-dua mangsa sekali lagi dibelasah di rumah majikannya.

“Semasa berada di lokasi, 2 orang bodyguard lain dan kira-kira 11 orang staf sedang menunggu di hadapan rumah beliau,

“Majikan menyuruh salah seorang staf mengambil rotan dan memukul belakang saya serta rakan secara bergilir-gilir,” kata mangsa dalam laporan.

Beliau menambah, majikannya telah merampas pistol dari pinggang mangsa.

“Majikan mencekah dan mengacukan pistol ke arah saya,” katanya.

Selain laporan polis, turut tular gambar kecederaan lebam yang dialami oleh kedua-dua mangsa di bahagian belakang.  – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply