Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Tentera Laut Diraja Malaysia dan Indonesia laksana rondaan bersama

Tentera Laut Diraja Malaysia dan Indonesia laksana rondaan bersama

by Nurulhuda

LUMUT, 23 Mac – Rondaan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Laut (TNI-AL) menerusi Operasi Patrol Koordinasi Malaysia – Indonesia (OP PATKOR MALINDO) akan diteruskan bagi mengekalkan keselamatan perairan Selat Melaka.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat dalam kenyataan berkata, rondaan dan latihan bersama ini dilaksanakan di laluan utama perdagangan antarabangsa bagi mengekang jenayah di laut.

Selain itu, OP PATKOR MALINDO ini turut memperkasakan kerjasama yang telah terjalin sekian lama.

Pada Jumaat lalu, KD LAKSAMANA TUN ABDUL JAMIL dan KD LAKSAMANA TAN PUSMAH milik TLDM telah melaksanakan rondaan bersama dengan TNI-AL iaitu KRI SIWAR dan KRI KRAIT.

Menurut kenyataan itu, KD Laksamana Tun Abdul Jamil telah membuat pertemuan bersama Kri Siwar di posisi 21 batu nautika barat Pulau Jarak, semalam pada jam 9 pagi.

“Beberapa siri latihan telah dilaksanakan semasa pertemuan termasuk pertukaran maklumat tentang rondaan di perairan negara masing-masing. Antara latihan yang dilaksanakan adalah manuvra taktis, semaphore dan pancaran lampu,

“Kri Siwar menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih atas pelaksanaan latihan bersama yang telah dilakukan dan berharap agar Op Patkor Malindo untuk siri akan datang dapat diteruskan bagi fasa pelabuhan dan fasa laut,” jelas kenyataan itu.

Seterusnya, kapal KD Laksamana Tun Abdul Jamil dan KD Laksamana Tan Pusmah menuju pulang ke Tambatan Pangkalan Lumut (TPL) setelah selesai penugasan Operasi Benteng Laut dan Operasi Pejarak. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply