Home Semasa PKPD di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan Kluang ditamatkan

PKPD di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan Kluang ditamatkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Feb – Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) di Penjara Simpang Renggam dan Kuarters Kakitangan, Kluang pada 14 Februari 2021 seperti dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD dikawasan tersebut dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selesai melaksanakan 476 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 294 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“KKM turut melaporkan kes positif COVID-19 di penjara ini telah menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta kes terakhir yang direkodkan ialah pada 11 Februari 2021 iaitu sebanyak 2 kes,

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di lokaliti tersebut pada 14 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

PKPD di lokaliti tersebut dilaksanakan selama 14 hari bermula 1 Februari lalu ekoran peningkatan mendadak kes positif di kawasan berkenaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply