Home Semasa COVID-19: Malaysia catat kes jangkitan harian 3,339

COVID-19: Malaysia catat kes jangkitan harian 3,339

by M.Daim

PUTRAJAYA, 17 Jan – Angka kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia masih melebihi paras 3,000.

Hari ini, sebanyak 3,339 kes jangkitan direkodkan dengan 3,324 melibatkan kes penularan tempatan manakala 15 lagi kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 37,782 kes.

“Jumlah pesakit yang dirawat dalam ICU adalah seramai 240 orang dengan 93 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,

“Sementara itu, angka kematian telah mencecah paras 600 di mana 7 kematian direkodkan pada hari ini,” kata KKM di akaun Facebook rasminya.

Sementara itu, seramai 2,676 pesakit disahkan sembuh.

Sehingga hari ini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 158,434 kes. Wabak pandemik itu telah meragut 601 nyawa.

Selain itu, jumlah pesakit sembuh adalah 120,051 kes. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply