Home Semasa PKPB di Selangor, KL dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari

PKPB di Selangor, KL dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari

by Azura Daril

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan PKPB akan dilanjutkan berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di 3 negeri tersebut, hari ini.

“Negeri Selangor telah merekodkan sebanyak 8,194 kes positif COVID-19 baharu dan kesemua 9 daerah di negeri ini telah menjadi zon merah,

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju untuk melanjutkan lagi PKPB di seluruh Selangor sehingga 14 Januari 2021,” ujarnya.

Beliau turut berkata, sebanyak 12,494 kes positif COVID-19 telah direkodkan di Kuala Lumpur. Selain itu juga, 4,379 kes baharu COVID-19 telah dicatatkan dalam tempoh 14 hari ini.

“Selain itu, 36,074 kes positif COVID-19 juga telah direkodkan di seluruh negeri Sabah dan 3,243 kes baharu turut direkodkan,

“Kerajaan telah bersetuju agar PKPB di seluruh Kuala Lumpur dan Sabah dilanjutkan lagi bermula 1 hingga 14 Januari 2021,” jelasnya.

Tahun 2020 ini meninggalkan memori yang sukar untuk dilupakan kerana berperang melawan COVID-19 yang banyak memberi kesan bukan sahaja kesihatan dan ekonomi tetapi telah merubah cara hidup di dalam norma baharu.

“Terima kasih tidak terhingga khususnya kepada petugas barisan hadapan di atas komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan selama ini,

“Terima kasih juga diucapkan kepada syarikat korporat dan individu yang memberi sumbangan kepada kerajaan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa mematuhi setiap arahan dan prosedur standard operasi (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada semua keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga kerana COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply