Home Pertahanan dan Keselamatan Tiada lagi kesudahan, 22 PATI ditahan ceroboh perairan negara semalam

Tiada lagi kesudahan, 22 PATI ditahan ceroboh perairan negara semalam

by Nurul Aini

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Seramai 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) bersama 4 tekong dan 4 buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah melaksanakan sebanyak 113 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara.

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 42 SJR, Op Benteng PDRM (62) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 297 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah tersebut seramai 294 telah dikenakan kompaun manakala 3 direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (103),

tidak memakai pelitup muka (95), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (75), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (21) dan lain-lain (3),” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply