Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin, ESCCOM gempur rumah air cekup 3 lanun Filipina

Polis Marin, ESCCOM gempur rumah air cekup 3 lanun Filipina

by M.Daim

SEMPORNA, 6 Dis – ESSCOM dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Sabah berjaya melumpuhkan kegiatan samun bersenjata dan curi enjin sangkut yang didalangi oleh sekumpulan penjenayah dari negara Filipina.

ESSCOM dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya berkata, 2 serbuan berasingan telah dijalankan di kawasan pondohan (rumah kecil atas air) sekitar Semporna.

“Kesemua suspek adalah warga asing filipina yang berumur antara 20 -50 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun dan rompak di perairan Inderasabah,” kata Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman.

Menurut beliau, rata-rata suspek telah bertindak agresif dan cuba melepaskan diri apabila menyedari kehadiran anggota pasukan keselamatan.

Serbuan berasingan di pondohan Pulau Nusa Tengah dan Pulau Omadal itu, pasukan keselamatan telah merampas sebuah pump boat yang dipercayai digunakan dalam aktiviti itu.

Polis turut merampas sepucuk pistol Colt .45, satu kelopak pistol berisi 6 butir peluru, 19 butir peluru hidup, enjin sangkut dan sebuah perahu.

Ahmad Fuad menambah, kesemua suspek telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Tawau untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

Galeri Gambar:

Related Articles

Leave a Reply