Home Semasa Kakitangan PLUS di Plaza Tol Sedenak Johor disahkan positif COVID-19

Kakitangan PLUS di Plaza Tol Sedenak Johor disahkan positif COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 2 Nov – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bahawa seorang kakitangannya di Plaza Tol Sedenak, Johor disahkan positif COVID-19, semalam.

PLUS dalam satu kenyataan berkata, kakitangan tersebut merupakan seorang Pembantu Khidmat Pelanggan kini sedang dirawat di sebuah hospital.

“Pada masa yang sama, PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan akan diadakan di plaza tol terbabit,

“Sehubungan dengan itu, Plaza Tol Sedenak ditutup sementara mulai tengah hari ini untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan selama 6 jam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PLUS juga telah menjalankan pengesanan kontak dan mengarahkan semua kakitangan operasi dan penyelenggaraan di plaza tol terbabit supaya mengadakan pemeriksaan dan saringan kesihatan.

Selain itu, bagi pelanggan dari Kuala Lumpur yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Simpang Renggam.

“Manakala bagi pelanggan dari Johor Bahru yang menghala ke Sedenak dinasihatkan supaya keluar dari lebuh raya menerusi Plaza Tol Kulai,

“PLUS akan memaklumkan sebarang perubahan dari masa ke semasa,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply