Home Pertahanan dan Keselamatan Anggota polis maut balas tembakan musuh ketika kawal sempadan negara

Anggota polis maut balas tembakan musuh ketika kawal sempadan negara

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Seorang anggota polis dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) terkorban dalam kejadian tembak menembak di pos kawalan sempadan di Padang Besar, Perlis.

Kejadian berlaku seawal 3 pagi tadi apabila kumpulan penyerang yang dipercayai penyeludup dari Thailand telah melepaskan tembakan ke arah anggota PGA yang melakukan kawalan Op Benteng/Wawasan.

Serangan oleh kumpulan individu yang tidak dikenali itu menyebabkan Koperal Baharuddin Ramli, 54, maut manakala rakannya, Koperal Norihan A/L Tari, 39, parah.

Bernama memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang mengesahkan kejadian berlaku.

Kejadian ini merupakan yang terbaharu selepas insiden tembakan pada 13 November lalu.

Sementara itu, sumber memaklumkan seorang penjenayah terbabit telah berjaya diberkas oleh polis. 3 lagi penyerang ditahan oleh polis negara jiran ketika mendapatkan rawatan di hospital. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply