Home Pertahanan dan Keselamatan APMM Langkawi usir bot nelayan Thailand ceroboh perairan negara

APMM Langkawi usir bot nelayan Thailand ceroboh perairan negara

by Nurulhuda

LANGKAWI, 19 Nov – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri kedah dan Perlis mengusir sebuah bot nelayan Thailand yang dikesan menceroboh perairan negara, pagi semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, bot tersebut dikesan di kedudukan 2.7 batu nautika utara Pulau Langgun, Langkawi.

Beliau berkata, tindakan pengusiran dilakukan bot peronda APMM yang sedang melaksanakan Operasi Benteng (Op Benteng) pada jam 11 pagi setelah menerima aduan dari Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

“Sebaik menerima laporan, bot peronda APMM telah diatur gerak ke lokasi kejadian. Menyedari kehadiran bot peronda APMM, 2 daripada 3 bot nelayan tradisional Thailand itu segera meninggalkan perairan negara, namun sebuah bot lagi berjaya dipintas,

“Bot yang ditahan itu dikendalikan 3 nelayan warga Thailand itu ditemukan bersama beberapa peralatan menangkap ikan jenis pukat karang serta hasil laut udang kara dengan anggaran berat 2 kilogram,

“Bot nelayan asing bersama kru kemudian telah diarah dan diusir keluar dari perairan negara sejajar dengan situasi semasa bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Zawawi turut menyeru semua komuniti maritim yang mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan dan aktiviti jenayah untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa ataupun menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) bagi menjaga keselamatan sempadan peraiaran negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply