Home Pertahanan dan Keselamatan 8,427 PATI, 789 tekong ditahan sejak Mei lalu

8,427 PATI, 789 tekong ditahan sejak Mei lalu

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, Seramai 8,427 pendatang asing tanpa izin (PATI), 789 tekong dan 351 penyeludup telah berjaya ditahan melalui Operasi Benteng (Op Benteng) yang dilaksanakan pasukan keselamatan sejak 1 Mei sehingga semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 227 bot serta 922 kenderaan darat turut berjaya dirampas dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, ia termasuklah penahanan 51 PATI, 2 orang penyeludup serta merampas 3 bot dan kenderaan darat, semalam.

“Sebanyak 274 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng dilaksanakan semalam, yang melibatkan ATM (210), PDRM (54) dan AKSEM (10),

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan berkenaan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 517 individu ats kesalahan ingkar kesalahan ingkar PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 467 individu telah dikompaun manakala 50 individu pula direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (187), tidak memakai pelitup muka (83), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63), aktiviti di pusat hiburan (56), aktiviti perjudian (42), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (37) dan lain-lain (49),” tambahnya.–airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply