Home Semasa PKPB: Kerajaan benarkan 3 orang dalam 1 kereta

PKPB: Kerajaan benarkan 3 orang dalam 1 kereta

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, pemandu kereta persendirian kini dibenarkan membawa 2 orang penumpang bagi penduduk di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, sebelum ini, pemandu hanya dibenarkan membawa seorang penumpang, namun peraturan itu mengundang pelbagai kritikan dan permintaan dari orang ramai.

“Sebelum ini kita meletakkan 2 orang dalam satu kenderaan daripada satu rumah untuk membeli barang keperluan,

“Malah kelonggaran diberi oleh pihak polis menggunakan budi bicara, contoh bawa ibu bapa ke klinik, suami isteri tambah ibu bapa. Itu sudah lebih daripada 2 orang,

“Oleh itu mesyuarat hari ini bersetuju beri kelonggaran kepada 3 penumpang untuk satu kenderaan,” katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, hari ini.

Jelasnya, perlaksanaan ini turut diaplikasikan terhadap kenderaan teksi dan perkhidmatan e-hailing.

“Ini sama seperti e-hailing atau teksi, pemandu campur 2 penumpang, jadi 3 orang. Konsepnya 1+2, kita samakan jumlah iaitu tiga,

“Selain itu budi bicara melebihi 3 orang juga masih diguna pakai. Kita benarkan lebih daripada 3 jika membawa ibu bapa sakit atau kes-kes tertentu,

“Prosedur operasi standard (SOP) ini berkuat kuasa serta merta,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply