Home Teknologi Pertahanan Kor Marin US terima kenderaan tempur amfibi baru

Kor Marin US terima kenderaan tempur amfibi baru

by Nor Azlan Mohd Nor

California – Kor Marin Amerika Syarikat telah menerima kenderaan tempur amfibi  (ACV) yang baru bagi menggantikan ACV yang digunakan sejak era peperangan di Vietnam.

Kenderaan ini akan diletakkan dibawah Kompeni Delta, Batalion ke-3 yang berpusat di Twentynine Palms, California.

“Dengan rombakan semula Kompeni Delta, Batalion ke-3, kami sentiasa memastikan keupayaan pasukan dalam operasi amfibi sentiasa berada ditahap yang terbaik,” kata 1st Leftenan Cameron Edinburgh, jurucakap 1st Marin Divisyen.

“ACV merupakan kenderaan penting bagi menyempurnakan misi persisiran pantai, baik dalam operasi pertempuran dan bukan pertempuran,

Amphibious Combat Vehicles (ACV)

“Terdapat beberapa jenis ACV yang akan diterima oleh Kor Marin menjelang Febuari tahun hadapan, antaranya dilengkapi dengan sistem persenjataan meriam berkaliber sederhana 30mm.” tambah Edinburgh.

Terdahulu syarikat pengeluar BAE Systems telah menerima kontrak berjumlah $113.5 juta US Dollar dari Kor Marin untuk penambahan 26 buah ACV di bawah program Pengeluaran Permulaan Rendah. Ini menjadikan jumlah tempahan yang diterima sebanyak 116.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply