Home Semasa Sebagai orang Islam, saya percaya kematian berlaku pada bila-bila masa – Noor Hisham

Sebagai orang Islam, saya percaya kematian berlaku pada bila-bila masa – Noor Hisham

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=zyuNBvRCgw0[/embedyt]

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan beliau dan pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah turun padang ke Sabah bagi meninjau situasi COVID-19 di negeri itu.

Menurutnya, beliau telah pergi ke Sabah pada akhir Ogos lalu bagi memantau pengurusan dan kesiapsiagaan untuk hadapi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya juga telah mengarahkan Timbalan Pengarah saya dan Timbalan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam ke Sabah bagi memantau keadaan di sana,” jelas Noor Hisham.

Beliau menambah, Datuk Dr Chong Chee Kheong dan Tan Sri Dr Jemilah Mahmood telah melakukan ke negeri itu dalam tempoh 2 minggu lalu.

Noor Hisham turut menegaskan bahawa tidak timbul isu takut mati kerana kematian boleh berlaku tanpa mengira waktu.

Beliau turut memetik sebahagian Ayat 185 Surah Ali-Imran dan Ayat 156 Surah Al-Baqarah yang bermaksud ‘Setiap yang hidup pasti merasai kematian. Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali’.

“Sebagai orang Islam, kita terima bahawa kematian akan berlaku di mana-mana sahaja, sama ada kita turun pada atau tidak,

“Yang penting, kita pasang niat laksanakan tugas untuk memutuskan jangkitan,” kata Noor Hisham dalam Sidang Media COVID-19, hari ini.

Beliau menambah, perselisihan pendapat adalah perkara biasa tetapi yang penting adalah usaha untuk menyelamatkan negara dari peningkatan kes serta kematian akibat wabak.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing mengkritik KKM yang dikatakan membuat kesilapan dalam mengendalikan kes COVID-19 di negara ini semasa berbahas di Dewan Rakyat.

Malah, beliau menyatakan Noor Hisham ‘takut mati’ kerana tidak turun padang ke Sabah.

Kenyataan Tiong mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen yang menyifatkan dakwaan sedemikian rupa adalah melampaui batas. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply