Home Semasa Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi diisytihar Zon PKPD

Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi diisytihar Zon PKPD

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Medan 88 Bandar Baru Salak Tinggi.

Menurut beliau, PKPD dilaksanakan mulai 12 November sehingga 25 November.

Keputusan dibuat oleh Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara selepas mendapat nasihat daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Terdapat 39 kes direkodkan sehingga 5 November lalu. Perintah ini akan melibatkan 88 unit rumah kedai dan 284 premis,” katanya dalam Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Ismai Sabri menambah, perintah yang dikenakan di kawasan yang mempunyai kepadatan 800 orang penduduk itu dibuat bagi membolehkan KKM untuk melaksanakan saringan secara bersasar.

Pada masa yang sama, kita mengawal pergerakan penduduk bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply