Home Semasa COVID-19: Empat hari berturut-turut jumlah kes baharu lebihi paras 1,000

COVID-19: Empat hari berturut-turut jumlah kes baharu lebihi paras 1,000

by M.Daim

PUTRAJAYA, 7 Nov – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan sebanyak 1,168 kes positif COVID-19 baharu yang dikesan pada hari ini.

“Daripada 1,168 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara,

“Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara,” kata Ketua Pengarah Kesihatan semasa sidang media harian COVID-19 di Putrajaya.

Angka ini menjadikan jumlah kes jangkitan wabak di negara ini sebanyak 39,357 kes.

Sabah, Selangor dan Labuan merupakan negeri-negeri yang mencatatkan bilangan kes melebihi 3 angka.

Di Sabah, sebanyak 616 kes direkodkan manakala 247 kes baharu dikesan di Selangor.

Labuan pula mencatatkan 104 kes.

Menurut Noor Hisham, 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Selain itu, 3 kes kematian baharu direkodkan dan kesemuanya dilaporkan berlaku di Sabah.

Sementara itu, Malaysia turut mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tertinggi pada hari ini iaitu 1,029 kes. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply