Home Semasa Tiada keperluan untuk isytihar darurat – Agong

Tiada keperluan untuk isytihar darurat – Agong

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah hari ini bertitah tiada keperluan untuk melakukan pengisytiharan darurat buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan hari ini untuk menangani wabak dengan berkesan.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” kata kenyataan itu.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja menambah, Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan mana-mana ahli politik untuk berhenti berpolitik sehingga menganggu gugat kestabilan negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply