Home Semasa Isytihar darurat COVID-19 adalah tidak berperlembagaan – Tommy Thomas

Isytihar darurat COVID-19 adalah tidak berperlembagaan – Tommy Thomas

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menegaskan pengisytiharan darurat oleh kerajaan dengan menggunakan isu COVID-19 adalah tidak berperlembagaan.

Beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, Pengisytiharan Darurat dalam Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan 3 pra-syarat.

“Artikel 150 (1) menyatakan Agong boleh mengisytiharkan darurat selepas baginda berpuas hati sekiranya wujud satu keadaan genting yang boleh mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam (public-order),

“Perhatikan bahawa kesihatan bukan asas pra-syarat darurat,” katanya.

Menurut beliau, negara-negara di seluruh dunia tidak pernah mengisyhtiharkan darurat walaupun berdepan dengan pelbagai wabak pandemik,

“Sistem kesihatan awam yang mencukupi dan langkah pencegahan wabak boleh digunakan dalam rang undang-undang sedia ada tanpa perlu mengisytiharkan darurat,

“Saya berpendapat bahawa Malaysia tidak perlu mengisytiharkan darurat. Jika ianya berlaku, tindakan itu adalah tidak berpelembagaan,” ujarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Tommy menjelaskan Seri Paduka Baginda boleh bertindak atas nasihat Perdana Menteri untuk mengisytiharkan darurat.

“Malaysia mempunyai sistem Raja Berpelembagaan dan Agong boleh isytiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri,

“Pembuat keputusan adalah Perdana Menteri tetapi Agong mempunyyai kuasa budi bicara,

“Oleh itu, tidak bermakna darurat boleh diisytiharkan serta-merta walaupun Perdana Menteri mahu langkah itu diambil,

“Ini kerana ia perlu perkenan daripada Agong terlebih dahulu,” jelasnya lagi.

Tommy menambah, Seri Paduka Baginda mempunyai hak untuk mendapatkan nasihat dari Majlis Raja-Raja Melayu sebelum membuat keputusan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply