Home SemasaGlobal Filipina benarkan pesalah kes bunuh rayu keluar penjara elak COVID-19

Filipina benarkan pesalah kes bunuh rayu keluar penjara elak COVID-19

by M.Daim

MANILA, 24 Okt – Filipina telah membebaskan seramai 82 ribu banduan semenjak Mac bagi menggelakkan penularan wabak COVID-19.

Ketua Hakim Filipina, Diosdado Peralta berkata, langkah itu diambil atas inisiatif pihaknya sendiri dan tidak melibatkan sebarang permohonan dari pihak ketiga.

“Kami merasakan COVID-19 akan menular dalam penjara dan sel tahanan lain bila-bila masa,” katanya yang dipetik oleh media Filipina, semalam.

Dalam laporan Forbes pada tahun 2018, Filipina merupakan antara negara yang mengalami kesesakan yang teruk dalam penjara pada kadar 436 peratus.

Peralta turut menjelaskan antara langkah yang diambil untuk mengurangkan kesesakan penjara adalah mengurangkan kadar bayaran ikat jamin serta membebaskan tahanan yang telah melepasi tempoh minimum hukuman.

Menurut beliau, pesalah kes jenayah serius seperti bunuh turut layak memohon rayuan mengurangkan kadar ikat jamin.

Filipina merupakan negara kedua tertinggi mencatatkan kes jangkitan COVID-19 di rantau Asia Tenggara selepas Indonesia.

Sehingga kini, seramai 365,799 pesakit disahkan menghidap wabak itu dengan 6,915 kematian direkodkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply