Home SemasaGlobal 2 maut pesawat latihan tentera terhempas di kawasan perumahan

2 maut pesawat latihan tentera terhempas di kawasan perumahan

by M.Daim

ALABAMA, 24 Okt – Sebuah pesawat latihan Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) telah terhempas di sebuah kawasan perumahan di Foley, Alabama.

Menurut pihak US Navy, kejadian berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan (7 pagi waktu Malaysia) dengan melibatkan sebuah pesawat latihan T-6B Texan II.

“Kedua-dua juruterbang telah disahkan maut,” kata kenyataan itu.

Sebuah rumah penduduk dilaporkan terbakar akibat nahas terbabit.

T-6B Texan II merupakan pesawat latihan dua tempat duduk yang digunakan untuk melatih juruterbang US Navy dan Kor Marin AS.

Pesawat yang dibina oleh Hawker Beechcraft Aircraft Company ini merupakan derivatif kepada Pilatus PC-9. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply