Home Politik PEJUANG calonkan Tun M jadi Perdana Menteri sementara ganti Muhyiddin

PEJUANG calonkan Tun M jadi Perdana Menteri sementara ganti Muhyiddin

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebulat suara mencalonkan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sementara menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara ini telah di dikongsikan oleh Setiausaha Politik kepada Tun M, Abu Bakar Yahya melalui hantaran di laman facebooknya semalam.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti PEJUANG telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Perdana Menteri (Muhyiddin) yang ada sementara menunggu PRU-15 jika negara mahu diselamatkan,” katanya.

Terdahulu, Tun M dan 4 lagi Ahli Parlimen dari PEJUANG telah mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin untuk dalam Sidang Dewan Rakyat akan datang.

Keputusan ini diambil kerana kegagalan Muhyiddin mentadbir kerajaan sewaktu pandemik COVID-19 dan juga keraguan terhadap bilangan majoriti yang dimilikinya.

Mereka yang telah menghantar usul undi tidak percaya tersebut kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Harun adalah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Dr Sharuddin Mat Salleh dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply