Home Semasa Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok

Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, esok berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya mengenai 121 Ahli Parlimen yang menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baharu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar dipanggil hadir bagi membantu siasatan dibawag Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

“Siasatan diklafikasikan dibawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,

“PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini,

“Sehingga kini, sebanyak 113 laporan polis telah diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pembangkang itu dipanggil memberi keterangan pada 16 Oktober ini di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bukit Aman.

Tambah Huzir, bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, PDRM menggesa orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan, perasaan permusuhan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Sebelum ini, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman pada 11 pagi 12 Oktober lalu, namun ditangguhkan selepas Setiausaha Sulit beliau memaklumkan hanya dapat hadir pada 9 pagi 13 Oktober. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply