Home Semasa Pesawat pengebom nuklear Rusia terbang tanpa henti selama 25 jam

Pesawat pengebom nuklear Rusia terbang tanpa henti selama 25 jam

by M.Daim

MOSKOW, 20 Sept – Tentera Udara Rusia telah mencatatkan rekod baharu untuk pesawat pengebom strategik mereka, Tu-160 selepas berjaya melakukan penerbangan selama lebi 25 jam.

Komander Aeroangkasa Rusia menyatakan 2 buah pesawat pengangkut peluru berpandu strategik itu telah melaksanakan penerbangan di di dua kawasan lautan utama dunia.

“Penerbangan yang dilakukan pada hari Sabtu itu melibatkan operasi di kawasan perairan neutral di Lautan Artik dan Lautan Pasifik serta beberapa kawasan lain di sekitar Rusia,

“Pesawat ini berjaya melakukan penerbangan yang lebih lama dengan melaksanakan 3 kali pengisian minyak di udara,” kata Leftenan Jeneral Sergey Kobylash kepada agensi Sputnik.

Menurut beliau, operasi pengisian minyak adalah melibatkan 6 buah pesawat Il-78.

Tu-160 telah melaksanakan 3 kali operasi pengisian minyak di udara bagi memanjangkan jangka masa penerbangan pesawat.

Pada masa yang sama, Sergey menegaskan operasi tersebut dilaksanakan mengikut undang-undang antarabangsa.

Sebelum ini, rekod masa penerbangan paling lama yang pernah dilakukan oleh Tu-160 adalah pada tahun 2010. Pada ketika itu, sebuah pesawat Tu-160 melaksanakan penerbangan operasi selama 24 jam 24 minit.

Tupolev Tu-160 ‘Blackjack’ merupakan pesawat pengebom supersonik yang mempunyai sayap sapu dibina pada tahun 1987.

Pesawat ini mempunyai 2 ruang bahagian dalaman untuk membawa persenjataan mereka. Setiap ruang ini mampu untuk membawa bom konvensional dengan had beban sebanyak 20 tan.

Tu-160 berupaya untuk melancarkan peluru berpandu kruis yang mempunyai pilihan kepala peledak konvensional atau termo-nuklear.

Selain itu, ianya boleh dilengkapi dengan peluru berpandu balistik hipersonik, Kh-15. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply