Home Pertahanan dan Keselamatan 120 PATI, 2 tekong di tahan dalam Op Benteng

120 PATI, 2 tekong di tahan dalam Op Benteng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Seramai 120 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 2 tekong ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dirampas dalam operasi itu 3 kapal atau bot dan 4 kenderaan darat.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, 9 PATI telah ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pengkalan Kubor, Kelantan kerana memasuki negara melalui laluan tidak sah dan 5 lagi di Teluk Penawar, Bandar Penawar, Johor kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Ismail Sabri turut menjelaskan sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM yang telah melakukan 57 SJR, ATM (12 SJR) dan AKSEM (10 SJR).

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan
kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri mengesahkan seramai 68 individu telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Tambahnya, daripada jumlah itu, seramai 66 individu telah dikompaun manakala 2 telah direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk ingkar perintah PKPD (21), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri (18), tidak memakai pelitup muka (18), penjarakan fizikal (6), gagal melunaskan bil kuarantin (3), serta tangkapan pendatang asing tanpa izin (2),” katanya- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply