Home Semasa COVID-19: 45 kes baharu dicatatkan, 40 libatkan Kluater Benteng

COVID-19: 45 kes baharu dicatatkan, 40 libatkan Kluater Benteng

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, sebanyak 45 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di Malaysia sehingga tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes positif tersebut, jumlah kumulatif kes positif di negara adalah sebanyak 9,628 kes.

Beliau berkata, daripada 45 kes positif yang dilaporkan, satu adalah kes import melibatkan seorang warganegara yang pulang dari Brazil.

Menurut Dr Noor Hisham, 44 kes adalah penularan tempatan yang terdiri daripada 11 warganegara Malaysia dan 33 bukan warganegara.

Dr Noor Hisham menjelaskan, 40 daripadanya merupakan kes positif yang dikesan daripada Kluster Benteng, Lahad Datu di Sabah, di mana 33 kes melibatkan bukan warganegara Malaysia.

“Seramai 1,909 individu telah disaring di Tawau di mana 83 kes dikesan positif COVID-19 iaitu termasuk 40 kes terbaharu hari ini,

“34 kes merupakan banduan penjara manakala 6 kes adalah ahli keluarga kakitangan penjara,

“Manakala seramai 770 individu di saring di Lahad Datu yang mana 87 kes telah dikesan positif wabak ini,” jelas Dr Noor Hisham pada perkembangan semasa COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Pada masa yang sama, Dr Noor Hisham mengesahkan, sebanyak 24 kes telah pulih dari COVID-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes tersebut adalah sebanyak 9,167 kes.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes,” ujarnya. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply