Home Politik Parti anak muda Syed Saddiq tak akan berjaya – Tun M

Parti anak muda Syed Saddiq tak akan berjaya – Tun M

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Sept – Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti yang berasaskan orang muda yang akan ditubuhkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak akan berjaya.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri berpendapat parti yang akan ditubuhkan Syed Saddiq tidak sesuai kerana setiap parti politik harus mempunyai gabungan orang tua dan muda.

“Dalam mana-mana kawasan, mesti kena ada orang tua dan orang muda. Kami akan pergi kepada golongan muda juga,

“Kalau dia (Syed Saddiq) hanya pergi kepada orang muda, agak sukar untuknya berjaya. Tapi ini adalah negara bebas, dia mahu lakukan dengan sendiri,

“Dia pernah menjadi penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), dan kini, dia rasa perlu bergerak berasingan daripada kami,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

Baru-baru ini, Syed Saddiq telah mengesahkan untuk menubuhkan sebuah parti baharu pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada golongan muda dan tidak akan menyertai PEJUANG yang ditubuhkan oleh bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata politik Malaysia tidak akan ‘dikawal dan dimonopoli’ orang sama dan parti baharunya terdiri daripada teknokrat, profesional dan ahli politik muda pelbagai latar belakang. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply