Home Semasa Baik bagi tanah kepada veteran tentera dari jatuh ke tangan pekebun haram – PEMBELA

Baik bagi tanah kepada veteran tentera dari jatuh ke tangan pekebun haram – PEMBELA

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=bXVZ9YZxSzA[/embedyt]KUALA LUMPUR, 2 Sept – Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Aminuddin Yahaya menegaskan tanah yang dirampas dari penceroboh di Raub wajar diberikan kepada veteran tentera.

“Sebahagian tanah yang dirampas hendaklah diserahkan kepada pemohon-pemohon veteran tentera,

“Mereka telah dijanjikan sebidang tanah oleh kerajaan di bawah Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 7/1973,” katanya semasa membaca kenyataan PEMBELA semasa sidang media di Pejabat Pertubuhan Muafakat, hari ini.

Beliau menambah, peneroka haram begitu mudah memasuki kawasan berkenaan sedangkan ramai lagi yang memohon tanah melalui saluran yang betul perlu menunggu masa yang begitu lama.

Selain menuntut pemberian tanah kepada veteran tentera, PEMBELA turut menuntu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan secara menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dalam isu tersebut.

“Pihak kerajaan negeri perlu menuntut semua ganti rugi yang sepatutnya dibayar oleh penceroboh. Selain itu, pihak polis perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap peneroka haram,” ujarnya.

Pada masa yang sama, PEMBELA turut menuntut kesemua tanah yang diceroboh dijadikan sebagai Rizab Melayu.

“Kerajaan negeri perlu hentikan pengambilan semula tanah dan sebaliknya memberikan geran kepada penduduk dalam Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK) 1970-an,” katanya lagi. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply