Home Pertahanan dan Keselamatan 9 kereta perisai dibeli untuk anggota MALBATT tidak mengikut spesifikasi

9 kereta perisai dibeli untuk anggota MALBATT tidak mengikut spesifikasi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 mendedahkan pembelian 9 buah kenderaan Armoured Personnel Carrier (APC) untuk kegunaan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengikut spesifikasinya.

Menurut laporan itu, Kementerian Pertahanan telah memperolehi secara beli semula 9 kenderaan APC berjumlah RM45.10 juta yang merupakan sebahagian daripada perolehan Starstreak.

“Kenderaan yang diterima tidak menepati spesifikasi ditetapkan pihak PBB menyebabkan bayaran balik yang diterima terkurang sebanyak RM2.22 juta daripada RM4.25 juta,

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata APC yang tidak mengikut spesifikasi akan merisikokan keselamatan anggota Pasukan Pengaman Batalion Malaysia (MALBATT) di Lubnan.

“Berdasarkan spesifikasi, APC perlu mempunyai sistem senjata ‘integrated’ yang membolehkan anggota MALBATT melepaskan tembakan dari dalam kenderaan,

“Sebaliknya apa yang diterima, anggota MALBATT terpaksa mengeluarkan kepala dari APC untuk melepaskan tembakan,” katanya.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan juga gagal mengutip denda lewat ke atas syarikat pembekalan pelancar Lightweigher Multiple Launcher- New Generation (LML-NG) berjumlah RM15.04 juta antara 28 hingga 171 hari dari Tarikh sepatutnya diserahkan iaitu bulan September 2018.

“Sebanyak 24 buah pelancar LML-NG perlu dibekalkan oleh syarikat btersebut bermula pada bulan Jun hingga September 2018,

“Semakan Audit mendapati sebanyak 20 daripada 24 buah pelancar LML-NG bernilai RM246.40 juta lewat diserahkan oleh syarikat antara 28 hingga 171 hari,

“Tiada denda lewat dikenakan terhadap syarikat bagi kelewatan serahan tersebut. Kelewatan penyerahan ini berpunca daripada satu komponen pelancar LML-NG yang memerlukan kelulusan daripada United States International Traffic Arms Regulation (US ITAR),” ujar LKAN. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply