Home Semasa Surat sokongan: Timbalan Menteri Pertahanan akui kesal dan ambil iktibar

Surat sokongan: Timbalan Menteri Pertahanan akui kesal dan ambil iktibar

by Bernama

TANAH MERAH, 23 Ogos – Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz mengakui kesal dan mengambil iktibar berhubung isu surat sokongan bagi melantik anaknya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga yang tular sejak Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Tanah Merah itu berkata walaupun perkara itu telah dijelaskan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini namun beliau bercadang menjelaskan isu berkenaan dengan lebih lanjut di Parlimen pada Isnin ini kerana mungkin terdapat salah faham.

“Surat yang ditularkan itu sudah lama, bertarikh 5 Jun lalu, dan anak saya juga sudah maklum bahawa dia tidak dilantik menjadi ahli lembaga pengarah di syarikat berkenaan.

“Malah saya juga telah membuat surat menarik balik cadangan pelantikan anak saya kepada menteri supaya surat sokongan itu dibatalkan selain turut memaklumkan kepada Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) agar tidak melantik anak saya sebagai ahli lembaga pengarah di bawah mana-mana pengurusan LTAT,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Ismail Sabri yang menjelaskan perkara berkenaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian  Tanah Merah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 di sini, semalam.

Salinan surat sokongan yang ditulis oleh Ikmal Hisham yang dikatakan meminta anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga, yang ditujukan kepada Ismail Sabri bertarikh 5 Jun lepas tular sejak Jumaat lalu. – Bernama

 

Related Articles

1 comment

Surat sokongan Timbalan Menteri Pertahanan ada unsur salah guna kuasa, kenapa SPRM tak siasat?– Lim Guan Eng – Air Times News Network 1 September 2020 - 1:28 pm

[…] 23 Ogos lalu, Ikmal mengakui rasa kesal dan mengambil iktibar berikutan pengeluaran surat sokongan terhadap anaknya untuk dilantik sebagai […]

Reply

Leave a Reply