Home Semasa Ketelusan derma RM 1 juta ke Lubnan: Kerajaan berurusan terus dengan agensi Bulan Sabit Merah Lubnan

Ketelusan derma RM 1 juta ke Lubnan: Kerajaan berurusan terus dengan agensi Bulan Sabit Merah Lubnan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof hari ini menegaskan kerajaan Malaysia akan berurusan terus dengan Agensi Bulan Sabit Lubnan (Lebanon Red Cross, LRC) bagi menyalurkan bantuan ke negara itu.

“Kementerian Luar Negeri (KLN) telah diamanahkan untuk berurusan terus dengan LRC bagi memberi bantuan,

“Jadi, kita akan mendapat maklum balas dari KLN berkenaan isu penyaluran derma ke Lubnan,” kata Redzuan menjawab soalan Ahli Parlimen Kuching di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menambah, Malaysia mempunyai pengalaman tersendiri dalam menyalurkan bantuan kepada negara itu. KLN telah diberikan kebenaran untuk mengeluarkan perbelanjaan untuk tujuan tersebut.

“Pada 10 Ogos, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan surat kebenaran kepada KLN dan pihak kementerian sedang meneliti kaedah penyaluran bantuan,” ujarnya.

Pada 8 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menghulur sumbangan sebanyak RM 1 juta kepada Lubnan.

Bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat Lubnan berikutan insiden letupan gudang pada 4 Ogos lalu.

Sehingga kini, seramai 160 orang dilaporkan maut, lebih 5,000 cedera serta 60 dilaporkan hilang berikutan letupan kuat yang berpunca dari kebakaran gudang menyimpan sebanyak 2,750 tan ammonium nitrat.

Menurut Redzuan, tiada laporan menunjukkan rakyat Malaysia terjejas akibat insiden itu. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply