Home Pertahanan dan Keselamatan 400 PATI Filipina diusir balik negara asal

400 PATI Filipina diusir balik negara asal

by Nurulhuda

SABAH, 13 Ogos – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah mengusir 400 pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina ke tanah air mereka melalui Pelabuhan Sandakan, semalam.

MKN Sabah dalam kenyataan berkata, proses berkenaan merupakan penghantaran siri ke-23 bagi tahun ini, menjadikan jumlah PATI yang diusir seramai 5,645 orang termasuk PATI dari Indonesia.

“PATI Filipina diusir ke negara asal menaiki kapal dari pelabuhan Sandakan ke Zamboanga, Filipina,

“Semua tahanan menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diusir dan penjagaan kebersihan diamalkan sepanjang proses pengusiran berlangsung sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19,

“MKN Sabah bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah dengan bantuan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai agensi lain akan terus komited untuk melaksanakan pengusiran PATI walau ketika wabak COVID-19 masih belum berakhir,” katanya dalam hantaran dalam Facebook rasmi MKN Sabah.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan pencerobohan PATI dinasihatkan untuk segera menghubungi National Task Force di talian 011-62511223.

“Masyarakat setempat juga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati sekiranya berhadapan dengan PATI, ekoran negara-negara jiran yang masih mencatatkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi,” tambahnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply