Home Semasa Hukum mereka yang hina tulisan jawi di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi

Hukum mereka yang hina tulisan jawi di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Menteri Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang menghina tulisan jawi.

Beliau berkata demikian semasa sesi Menggulung Perbahasan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, semalam.

“Mengenai tindakan terhadap mereka yang menghina tulisan jawi, jika ia bertujuan menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum, maka ia termasuk dalam tafsiran kecenderungan menghasut dibawah Akta Hasutan,

“Jika perbuatan itu dibuat menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian, perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi, perbuatan tersebut merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas Dr Zulkifli.

Dalam pengulungannya, beliau Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengambil pelbagai langkah dalam memartabatkan tulisan jawi.

Antara langkah yang diambil ialah pengisytiharan hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi termasuk di media sosial pada semua jabatan dan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selain itu, tanda nama tulisan jawi turut dipakaikan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Menteri, Pejabat Timbalan Menteri di bawah Jabatan yang sama.

“Tanda nama dalam tulisan jawi juga diberikan kepada semua ahli Jemaah Menteri sebagai usaha meluaskan kempen tersebut,

“Penggunaan tulisan jawi dalam segala poster dan bahan penerbitan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi-agensi,” katanya.

Beliau menambah, tulisan jawi turut digunakan pada kepala surat rasmi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi berkaitan.

Menurut Dr Zulkifli, kerajaan sedar masih banyak perlu dilakukan bagi menyedarkan generasi muda mengenai kedudukan tulisan jawi.

“Tulisan jawi telahpun wujud sejak sekitar 1300 Masehi di Kepulauan Melayu dan ia amat berhubungkait dengan ketibaan Islam di negara ini,

“Oleh itu, tulisan jawi sentiasa menjadi warisan kebudayaan Malaysia, yang pernah menjadi pusat kesusteraan dan tamadun terulung di rantau Asia Tenggara,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply