Home Semasa COVID-19: Angka kematian meningkat kepada 125

COVID-19: Angka kematian meningkat kepada 125

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 31 Jul – Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengesahkan 1 kes kematian baharu akibat COVID-19 telah direkodkan pada hari ini.

“Kes kematian ke-125 terbaharu merupakan lelaki warganegara Filipina berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung,

“Beliau mempunyai gejala demam, batuk dan sesak nafas pada 25 Julai 2020 namun tidak mendapatkan rawatan,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pesakit terbabit dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 29 Julai.

“Pesakit kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19,” jelas Noor Hisham.

Sementara itu, seramai 27 orang pesakit COVID-19 telah disahkan pulid dan dibenarkan pulang.

Selain itu, terdapat 12 kes jangkitan baharu telah dikesan dengan menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,976 kes.

Menurut Noor Hisham, kes terbaharu adalah melibatkan 5 kes import dan 7 kes penularan tempatan.

Related Articles

Leave a Reply