Home Politik Cubaan Musa Aman gagal, DUN Sabah dibubarkan hari ini

Cubaan Musa Aman gagal, DUN Sabah dibubarkan hari ini

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 30 Julai – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berikutan isu mengenai sokongan terhadap pentadbirannya.

Shafie membuat pengumuman tersebut pada sidang media khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua (TYT) Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau mengatakan bahawa ini adalah haknya sebagai Ketua Menteri untuk meminta pembubaran tersebut dan pilihan raya negeri perlu diadakan dalam jangka masa 60 hari.

“Saya masih Ketua Menteri Sabah sementara,

“Pagi tadi saya telah berjumpa dengan TYT dan Tun Juhar telah memperakukan untuk membubar dewan (DUN Negeri Sabah),

“Walaupun Dewan Undangan Negeri dibubarkan, saya masih ‘care-taker’ dalam tempoh 60 hari,

“Sampai waktu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita akan undi. Pilihan kena tepat sama ada pilih si (Tan Sri) Musa Aman, (Datuk Seri) Bung Moktar, (Datuk Seri) Hajiji atau Shafie Apdal,” katanya.

Semalam, isu politik semasa negeri Sabah bergolak apabila Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu menerusi gabungan beberapa parti di negeri itu.

Musa turut memaklumkan beliau akan mengetuai beberapa ahli ADUN Sabah untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri dalam masa terdekat. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply